Nazam merupakan sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab. Pada zaman dahulu, pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga. mereka juga mengajar agama Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran. kitab-kitab Hadis. Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan. Selain itu, mereka juga memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya mengandungi pelbagai puisi Arab seperti Ratib. Berzanji. Syair, Burdah, Qasidah, Nasyid. Thamsil, Rubai. Kithah, Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam.
merupakan salah satu jenis puisi lama
yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam yang seakan-akan menyerupai
nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan
secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuat ketupat,menidurkan
anak dan sebagainya.
Kebanyakan lirik atau senikatanya
berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjur ajar biasanya
berkaitan dengan ilmu tauhid, Fardhu Ain, Sifat Rasul, Sifat 20 dan sebagainya.
Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8 orang.
Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dariParsi dan pada abad ke 16,
nazam dibawa ke Asia Tenggara melalui pedagang dan alim ulamak.
Aku mula nazam ini dengan nama,
Allah yang memberi fahaman agama,
Puji itu bagi Allah yang mulia,
Lagi kekal ia lagi yang sedia.
Allah yang memberi fahaman agama,
Puji itu bagi Allah yang mulia,
Lagi kekal ia lagi yang sedia.
Dari contoh di atas yang di karang
oleh Tuan Guru Haji Mustapa dari Kuala Linggi, dapat dilihat nazam dicipta
oleh alim ulama yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama. Cara penyampaian
bergantung kepada tajuk atau mesej yang hendak disampaikan..
link nazam:
http://www.youtube.com/watch?v=1bLeY2TUWHU
http://www.youtube.com/watch?v=1bLeY2TUWHU
Nazam? adakah ia mempunyai persamaan dengan Nazam Lebaran dendangan dato Siti Nurhaliza?
ReplyDelete