Sasterawan Negara Malaysia merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia. Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada tahun 1981 hasil gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah hadiah sastera yang berprestij demi mengangkat martabat sastera di negara kita.
Anugerah Sastera Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemenang akan menerima wang tunai RM30,000 dan pelbagai kemudahan menjalani kehidupan dan berkarya. Sejak tahun 2003, nilai hadiah ini telah ditambah menjadi RM60,000 di samping kemudahan menerbitkan karya sehingga mencecah RM500,000
i. 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
ii. 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
iii. 1983 : Datuk (Dr.) Usman Awang
iv. 1985 : Datuk (Dr.) A. Samad Said
v. 1987 : (Dr.) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
vi. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
vii.1993 : Datuk Noordin Hassan
viii.1996 : Datuk Abdullah Hussain
ix. 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
x. 2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
xi. 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
xii. 2013 : Datuk Baha Zain
No comments:
Post a Comment