Seloka ialah puisi tradisional Melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun tidak. Antara ciri seloka adalah mengejek, menyindir secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat.
Menurut Kamus Dewan edisi
ke-4, seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran
mahupun jenaka. Kata seloka berasal dari bahasa Sanskrit iaitu ‘Sloka’. Seloka
kebiasaannya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis
lebih dari empat baris.
Antara contoh seloka yang terdapat
dalam kesusteraan Melayu lama adalah :-
I.
Seloka
Emak Si Rendang
II.
Seloka
Pak Kaduk
III.
Seloka
Pak Pandir
Contoh
Seloka Pak Kaduk:
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.
VIDEO SELOKA PAK KADOK:
VIDEO SELOKA PAK KADOK:
No comments:
Post a Comment