Cerita rakyat
Cerita rakyat merupakan cerita-cerita yang disampaikan secara lisan dalam satu kelompok masyarakat pada zaman dahulu bertujuan sebagai hiburan, menyampaikan nasihat, berkongsi ilmu, dan sebagainya. Cerita-cerita ini disampaikan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya dan telah menjadi warisan dalam kelompok itu. Cerita rakyat biasanya disampaikan oleh orang-orang yang lebih tua seperti datuk, nenek, ibu bapa, atau ketua masyarakat. Namun begitu, terdapat juga cerita-cerita rakyat yang telah menjadi global kerana dikongsi dengan kelompok masyarakat lain di seluruh dunia.
Mitos
Mitos adalah cerita rakyat yang tokohnya terdiri dari para dewa atau makhluk setengah dewa (demi-god) yang terjadi di dunia lain atau kayangan pada masa lampau dan dianggap benar-benar terjadi oleh yang empunya cerita atau penganutnya. Mitos pada umumnya menceritakan tentang kejadian terjadinya alam semesta, dunia, bentuk khas binatang, bentuk topografi, peperangan para dewa, kisah percintaan mereka dan sebagainya..
Lagenda
Lagenda adalah cerita-cerita rakyat yang tidak diketahui akan kesahihannya mengenai sesuatu kejadian itu namun dipecayai benar-benar terjadi di suatu tempat. Lagenda biasanya disampaikan secara lisan dan merupakan gossip atau cerita hangat yang menjadi buah mulut pada zaman dahulu mengenai kejadian yang terjadi. Misalnya, kejadian Si Tanggang yang disumpah menjadi batu kerana menderhaka kepada ibunya adalah lagenda yang sering disampaikan dan dipercayai benar-benar berlaku walaupun tiada sebarang bukti konkrit.
No comments:
Post a Comment