Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Setiap rangkap dalam syair mengandungi sebanyak 4 baris dan kesemuanya membawa makna isi dan maksud yang ingin disaampaikan. Keempat-empat baris tersebut berirama sama.
Selain itu, syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Ia dianggapkan milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.
Di samping itu, syair juga membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
Syair juga sering membawa makna isi yang behubung dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berasaskan sejarah atau dongen.
Ciri-ciri syair :
I. terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
II. syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).
III. setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
IV. bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.
V. Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan.
Pada masa ini kita mengetahui bahawa ada beberapa irama yang digunakan untuk membaca syair. Pada pandangan umum ada 3 lagu yang distinctive atau berbeza. Tiga irama tersebut dilabelkan sebagai
1-Selendang Delima,
2-Dandan Setia
3-irama Narasi
. Walaupun mudah mengesan asal usul perkataan syair tetapi tidak mudah mengesan asal usul irama yang digunakan untuk menyanyikan syair. Bagaimanakah ketiga-tiga melodi itu mendapat nama? Tidak logik jika kita mengatakan bahawa melodi Selendang Delima adalah untuk membaca Syair Selendang Delima sahaja dan Dandan Setia untuk membaca syair Dandan Setia.. Tidak mungkin masyarakat dahulu sebegitu spesifik dan sistematik sedangkan mereka langsung tidak spesifik di dalam perkara lain. Siapakah yang memberikan nama-nama tersebut .Apa maksud narasi? Adakah narasi bermaksud naratif?
Irama Selendang Delima adalah irama yang lebih dikenali kerana irama ini tersebar luas melalui radio khasnya melalui rancangan Bangsawan Di udara terbitan Radio Malaya yang dipancarkan dari Singapura pada zaman-zaman sebelum merdeka. Soalnya sejak bilakah irama Selendang Delima ini digunakan?
Kita juga mengetahui bahawa pada zaman dahulu bacaan syair diadakan semalam-malaman dan bersambung-sambung hingga beberapa malam. Adakah pembaca syair menggunakan irama Selendang Delima?. Sukar untuk membayangkannya. Irama Selendang Delima memang merdu dan mendayu tetapi mengambil masa yang panjang, iaitu hampir 1 minit untuk 1 rangkap dan selepas beberapa rangkap ia akan menjadi monotonous. Orang ramai yang datang berduyun-duyun adalah khalayak yang buta huruf yang mahu mendengar cerita yang terungkap di dalam syair-syair yang dibaca. Mereka mencari hiburan dari kisah-kisah kehidupan putera puteri cantik di istana yang indah. Itu adalah jalan ’escapism’ dari realiti kehidupan seharian mereka. Irama Selendang Delima tidak dapat megisi keperluan untuk menyampaikan maklumat dan membangkitkan suspen dan sebagainya. Saya lebih percaya tukang syair membaca versi irama syair yang lebih pendek dan ringkas atau hanya membaca dengan lagu dan rentak yang kita dengar dari penglipur lara. . Ini lebih munasabah untuk membawa cerita yang panjang dan bertahan hingga ke jauh malam.
Mungkinkah bacaan syair versi Selendang Delima itu adalah hasil pengindahan oleh kumpulan bangsawan dan dipopularkan melalui persembahan bangsawan?. Irama yang mendayu-dayu ini digunakan oleh narator dan sangat sesuai untuk membangkitkan mood cerita khayalan yang penuh sedih pilu dan pujuk rayu percintaan. Barangkali rakaman terawal ialah rancangan Bangsawan Di Udara. Antara kumpulan bangsawan yang diberi slot di rancangan ini ialah Tijah Dean Bangsawan.
VIDEO SYAIR IRAMA SELENDANG DELIMA
No comments:
Post a Comment