Wednesday, 27 November 2013

NAZAM


Nazam merupakan sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab. Pada zaman dahulu, pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga. mereka juga mengajar agama Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran. kitab-kitab Hadis. Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan. Selain itu, mereka juga memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya mengandungi pelbagai puisi Arab seperti Ratib. Berzanji. Syair, Burdah, Qasidah, Nasyid. Thamsil, Rubai. Kithah, Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam.

merupakan salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam yang seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuat ketupat,menidurkan anak dan sebagainya.

Kebanyakan lirik atau senikatanya berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjur ajar biasanya berkaitan dengan ilmu tauhid, Fardhu Ain, Sifat Rasul, Sifat 20 dan sebagainya. Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8 orang. Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dariParsi dan pada abad ke 16, nazam dibawa ke Asia Tenggara melalui pedagang dan alim ulamak.

Aku mula nazam ini dengan nama,
Allah yang memberi fahaman agama,
Puji itu bagi Allah yang mulia,
Lagi kekal ia lagi yang sedia.


Dari contoh di atas yang di karang oleh Tuan Guru Haji Mustapa dari Kuala Linggi, dapat dilihat nazam dicipta oleh alim ulama yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama. Cara penyampaian bergantung kepada tajuk atau mesej yang hendak disampaikan..



GURINDAM




Gurindam adalah bentuk puisi lama yang terdiri dari dua bait, tiap bait terdiri dari 2 baris kalimat dengan rima yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Gurindam ini dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastra Hindu. Gurindam berasal dari bahasa Tamil (India) iaitu kirindam yang berarti mula-mula amsal, perumpamaan. Baris pertama berisikan semacam soalmasalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawapan nya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi. Contoh:
Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat.
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati
Pengarang gurindam yang terkenal adalah Raja Ali Haji, saudara sepupu Raja Ali yang menjadi raja muda di Riau (1844-1857). Gurindam 12 pasal karya Raja Ali Haji yang terkenal berjudul “Gurindam Dua Belas”.

VIDEO GURINDAM:





SASTERAWAN NEGARA




Sasterawan Negara Malaysia merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia. Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada tahun 1981 hasil gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah hadiah sastera yang berprestij demi mengangkat martabat sastera di negara kita.

            Anugerah Sastera Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemenang akan menerima wang tunai RM30,000 dan pelbagai kemudahan menjalani kehidupan dan berkarya. Sejak tahun 2003, nilai hadiah ini telah ditambah menjadi RM60,000 di samping kemudahan menerbitkan karya sehingga mencecah RM500,000

i.   1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
ii.  1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
iii. 1983 : Datuk (Dr.) Usman Awang
iv. 1985 : Datuk (Dr.) A. Samad Said
v.  1987 : (Dr.) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
vi. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
vii.1993 : Datuk Noordin Hassan
viii.1996 : Datuk Abdullah Hussain
ix. 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
x.  2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
xi.  2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
xii. 2013 : Datuk Baha Zain



NARATIF LISAN

    

      Naratif lisan dalam kesusasteraan melayu tradisonal terbahagi kepada tiga genre iaitu cerita rakyat, cerita mitos, dan cerita lagenda.:

      Cerita  rakyat

       Cerita  rakyat  merupakan  cerita-cerita  yang  disampaikan  secara  lisan  dalam  satu  kelompok  masyarakat  pada  zaman  dahulu  bertujuan  sebagai  hiburan,  menyampaikan  nasihat,  berkongsi  ilmu,  dan  sebagainya.  Cerita-cerita  ini  disampaikan  daripada  satu  generasi  kepada  generasi  seterusnya  dan  telah  menjadi  warisan  dalam  kelompok  itu.  Cerita  rakyat  biasanya  disampaikan  oleh  orang-orang  yang  lebih  tua  seperti  datuk,  nenek,  ibu  bapa,  atau  ketua  masyarakat.  Namun  begitu,  terdapat  juga  cerita-cerita  rakyat  yang  telah  menjadi  global  kerana  dikongsi  dengan  kelompok  masyarakat  lain  di  seluruh  dunia.

       Mitos
   
      Mitos  adalah  cerita  rakyat  yang  tokohnya  terdiri  dari  para  dewa  atau  makhluk  setengah dewa  (demi-god)  yang  terjadi  di  dunia  lain  atau  kayangan  pada  masa  lampau  dan  dianggap  benar-benar  terjadi  oleh  yang  empunya  cerita  atau  penganutnya.  Mitos  pada umumnya  menceritakan  tentang  kejadian  terjadinya  alam  semesta,  dunia,  bentuk khas  binatang,  bentuk  topografi,  peperangan  para  dewa,  kisah  percintaan  mereka  dan sebagainya..

       Lagenda
  
       Lagenda  adalah  cerita-cerita  rakyat  yang  tidak  diketahui  akan  kesahihannya  mengenai  sesuatu  kejadian  itu  namun  dipecayai  benar-benar  terjadi  di  suatu  tempat.  Lagenda  biasanya  disampaikan  secara  lisan  dan  merupakan  gossip  atau  cerita  hangat  yang  menjadi  buah  mulut  pada  zaman  dahulu  mengenai  kejadian  yang  terjadi. Misalnya,  kejadian  Si  Tanggang  yang  disumpah  menjadi  batu  kerana  menderhaka  kepada  ibunya  adalah  lagenda  yang  sering  disampaikan  dan  dipercayai  benar-benar  berlaku  walaupun  tiada  sebarang  bukti  konkrit. 

Wednesday, 20 November 2013

PUISI







Definisi Puisi Moden

Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,”khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya. Seterusnya Za’ba mengatakan bahawa karangan berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya, serta kebanyakan memakai timbangan atau sukatan yang tertentu.  

         Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba di atas memperlihatkan dua ciri utama puisi. Pertama, sifat abstraknya seperti kecantikan ataupun keindahan bahasa dan kemerduan bunyi. Kedua, sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan baris dalam rangkap, kedudukan suku kata dalam baris, kedudukan suku kata dalam baris dan susunan rima. Kedua-dua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tema dan kesannya kepada pembaca.
Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba  lebih merupakan definisi dari sudut pandangan seorang pengkaji. Definisi puisi yang dikemukakan oleh seorang penyair dan sekali gus sarjana sastera pula, iaitu Muhammad Haji Salleh, puisi ialah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijakan penyair dengan tradisinya. Dalam segala sifat kekentalannya itu, puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana.

        Daripada penyair Inggeris di Barat pula, Wordsworth, mendefinisikan puisi sebagai pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak ... curahan perasaan yang kuat secara spontan yang diingatkan kembali dalam suasana yang tenang. S.T. Coleridge, juga seorang penyair Inggeris, mendefinisikan puisi sebagai kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik.

         Masih banyak lagi definisi puisi yang dikemukakan oleh pengkaji puisi dan penyair. Namun, daripada sejumlah kecil definisi yang diberikan itu dapat memberikan ciri-ciri puisi yang bermutu tinggi.

Sejarah Awal Puisi Melayu Moden Secara Ringkas

            Penulis Melayu yang pertama menulis puisi Melayu moden ialah Omar Mustaffa. Puisinya bertajuk “Angan-angan dengan Gurindam’, disiarkan dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913. Puisi ini dari segi bentuk dan isinya telah jauh menyimpang daripada puisi Melayu tradisional – pantun dan syair terutamanya. Dari segi bentuk, susunan baris, rangkap, dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional. Dari segi isinya, mengungkapkan persoalan semasa pada waktu itu, iaitu menyuarakan persoalan ekonomi dan politik.

      Sejak tersiarnya puisi yang memperlihatkan pembaharuan atau pemodenan pada bentuk dan isinya, berlaku semacam kekosongan dalam penghasilan puisi moden. Hanya pada awal-awal tahun 1930-an, kegiatan menulis puisi mula kelihatan jelas kembali. Ini berdasarkan puisi “O Sariku”, karya Harun Aminurrasyid yang tersiar dalam majalah Pujangga Baru, Bil. 6, Disember 1933. Pada tahun 1934, Pungguk menghasilkan lima buah puisi sekali gus dan disiarkan dalam Majalah Guru, Mac 1934. Judul puisi-puisi Pungguk itu ialah, “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, “Tak Disangka-sangka”, “Pujukan hati”,  dan “Ibuku”. Dalam kelima-lima buah puisi ini telah ditemui penyimpangan daripada peraturan puisi-puisi Melayu tradisional yang ketat.

           Sejak Harun Aminurrasyid dan Pungguk menghasilkan puisi moden, puisi Melayu moden tumbuh dan berkembang dengan pesat sekali. Pelbagai tema dan persoalan yang dikemukakan oleh para penyair yang bersesuaian dengan zaman mereka dan harapan mereka tentang hidup dan kehidupan ini yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, manusia dengan Pencipta, dan manusia dengan alam. Hal ini akan lebih jelas terlihat apabila alur sejarah pertumbuhan dan perkembangan puisi Melayu moden disusuri.

Persediaan Menulis Puisi

         Seseorang yang hendak menulis puisi haruslah pula mempersiapkan dirinya. Dia mestilah banyak membaca puisi, karya banyak penyair. Dengan ini, secara tidak langsung dia mempelajari puisi. Dia juga mestilah banyak membaca bahan bacaan yang lain untuk tujuan memperluas kosa kata dan mendapat idea untuk menulis puisi. Dia juga mestilah sering menghasilkan puisi sebagai latihan untuk menimbulkan keterampilan dalam penulisan puisi. Untuk itu, dia juga mestilah memiliki kesabaran dan bersedia untuk menyendiri. Semua ini merupakan sebahagian kecil tuntutan yang diperlukan sebagai persediaan untuk seseorang itu menulis puisi.

Panduan Penulisan Puisi


Puisi yang bermutu ialah puisi yang mempunyai keseimbangan antara bentuk luaran dengan bentuk dalamannya. Keseimbangan inilah yang memberi keindahan bahasa dan keindahan makna pada sesebuah puisi itu. Oleh itu, seseorang yang hendak menulis puisi mestilah mengambil kira aspek keseimbangan ini.

           Bentuk luaran ialah ciri-ciri yang membina sesebuah puisi tersebut. Ciri-ciri ini dapat dilihat. Baris, bunyi, pemilihan kata, bahasa figuratif, kata konkrit, kata abstrak, penyimpangan bahasa, dan tipografi merupakan bentuk luaran puisi.

           Struktur dalaman puisi terdiri daripada tema, perasaan, nada atau sikap dan mesej. Tema ialah idea utama yang hendak disampaikan oleh seseorang penyair dalam sesebuah puisi. Antara tema dalam puisi termasuklah keagamaan, kemanusiaan, dan nasionalisme, ekonomi, dan politik. Perasaan ialah suasana perasaan penyair yang diikutsertakan dalam puisi dan dapat dihayati oleh pembaca. Perasaan tersebut mungkin simpati, sedih, benci, marah, kasihan, pasrah, dan sebagainya. Nada ialah sikap penyair penyair terhadap pembaca. Sikap penyair mungkin menggurui, mengejek, menasihati, dan menceritakan sesuatu kepada pembaca. Mesej ialah perkara yang mendorong seseorang penyair itu menulis puisi. Mesej tersirat di sebalik tema yang diungkapkan.

PROSA


PENGERTIAN PROSA

Prosa adalah karya sastra yang berbentuk cerita yang bebas, tidak terikat oleh rima, irama, dan kemerduan bunyi  seperti puisi. Bahasa prosa seperti bahasa sehari-hari.
Menurut Isinya Prosa dibagi menjadi 2, yaitu:
1. Prosa Fiksi
2. Prosa Non Fiksi.
 Prosa Fiksi ialah prosa yang berupa cerita rekaan atau khayalan pengarangnya. Isi  cerita tidak sepenuhnya berdasarkan pada fakta. Prosa fiksi disebut juga karangan narasi sugestif/imajinatif.
PROSA FIKSI / PROSA BARU berbentuk  :
  1. Cerpen adalah cerita rekaan yang pendek dalam arti hanya berisi pengisahan dengan fokus pada satu konflik saja dengan tokoh-tokoh yang terbatas tetapi tidak berkembang atau tidak mengakibatkan perubahan nasib pelaku utama. Alur cerita sederhana hanya memaparkan penyelesaian konflik yang diungkapka.
  2. Novel berasal dari bahasa Italia, novella yang berarti barang baru yang kecil. Kemudian, kata tersebut menjadi istilah sebuah karya sastra dalam bentuk prosa. Novel lebih panjang isinya dari pada cerpen. Konflik yang dikisahkannya lebih luas. Para tokoh dan watak tokoh pun lebih berkembang sampai mengalami perubahan nasib. Penggambaran latar lebih detail. Bersamaan dengan perjalanan waktu terjadi perubahan-perubahan hingga konflik terselesaikan.
  3. Dongeng  adalah cerita rekaan yang sama dengan novel atau cerpen. Dongeng adalah cerita yang dikisahkan tentang hal-hal yang tidak masuk akal atau tak mungkin terjadi.
  4. Roman adalah cerita yang mengisahkan pelaku utama dari kecil sampai mati, mengungkap adat/aspek kehidupan suatu masyarakat secara mendetail/menyeluruh, alur bercabang-cabang.
  5. Esai adalah ulasan/kupasan suatu masalah secara sepintas lalu berdasarkan  pandangan pribadi penulisnya. Isinya bisa berupa hikmah hidup, tanggapan,renungan, ataupun komentar tentang budaya, seni, fenomena sosial, politik, pementasan drama, film dll. Esai bersifat sangat subjektif atau sangat pribadi.
  6. Resensi/timbangan buku adalah pembicaraan/pertimbangan/ulasan suatu karya (buku, film,drama,dll.)atau membahas dan memberikan penilaian terhadap buku yang baru terbit. Isi resensi bersifat memaparkan agar pembaca mengetahui karya tersebut dari berbagai aspek seperti tema, alur, perwatakan, dialog, dll., sering juga disertai penilaian dan saran tentang perlu tidaknya karya tersebut dibaca atau dinikmati.
Tujuan Resensi   :
  1. membahas isi sebuah buku yang baru terbit untuk memperkenalkannya  kepada masyarakat ( promosi ).
  2. membuat penilaian, apa segi keunggulan/ kelebihannya dan apa segi kelemahan/ kekurangannya.
Struktur Resmi / Isi Resensi antara lain :
1. Identitas buku   :
  • judul buku
  • nama pengarang
  • nama penerbit
  • tebal buku/jumlah haalaman
2. Ringkasan/ Sinopsis
3. Pembahasan isi buku  :
  • apa kelebihannya
  • apa kekurangannya
4.       Kesimpulan Umum  :
  • apakah buku itu perlu dibaca ?
  • apakah buku itu bermanfaat ?
  1. Kritik adalah karya yang menguraikan pertimbangan baik buruk suatu hasil karya dengan memberi alasan-alasan tentang isi dan bentuk dengan kriteria tertentu, sifat objektif dan menghakimi.
  2. Biografi adalah karya yang berisi riwayat hidup seseorang.
  3. Otobiografi adalah karya yang berisi riwayat hidup diri sendiri.
  4. Antologi (bunga rampai) adalah buku yang berisi kumpulan karya terpilih beberapa orang, misal : Laut Biru Langit Biru oleh Ayip Rasyidi

2. Prosa Non Fiksi ialah karangan yang tidak berdasarkan rekaan atau khayalan  pengarang tetapi berisi hal-hal yang berupa informasi faktual (kenyataan) atau berdasarkan pengamatan pengarang.  Prosa nonfiksi disebut juga karangan semi ilmiah seperti : artikel, tajuk rencana, opini, biografi, tips, reportase, jurnalisme baru, iklan, pidato dan feature.
  1. Artikel ialah karangan yang berisi uraian atau pemaparan yang memiliki ciri-ciri sebagai berikut :
(1)     isi karangan bersumber pada fakta bukan sekedar realita
(2)     bersifat faktual dengan mengungkapkan data-data yang diketahui pengarang bukan yang sudah umum diketahui (realita)
(3)     uraian tidak sepenuhnya merupakan hasil pemikiran pengarang, tapi mengungkapkan fakta sesuai objek atau narasumbernya.
(4)     isi artikel dapat memaparkan hal apa saja seperti, pariwisata, kisah perjalanan, profil tokoh, kisah pengalaman orang lain, satir atau humor.
  1. Tajuk Rencana atau editorial adalah karangan yang bersifat argumentatif yang ditulis oleh redaktur media massa mengenai hal-hal yang faktual dan aktual (sedang terjadi atau banyak dibicarakan orang). Isi tajuk merupakan pandangan atau tanggapan dari penulisnya mengenai suatu permasalahan atau peristiwa. Tajuk rencana diistilahkan dengan editorial.
  2. Opini adalah tulisan yang berupa pendapat, pikiran atau pendirian seseorang tentang sesuatu. Opini termasuk bentuk prosa faktual karena meskipun massif bersifat pendapat penulisnya, namun tetap dalam opini diungkapkan berbagai alasan yang dapat menguatkan pendapat tersebut.
  3. Feature atau ficer ialah sejenis artikel eksposisi yang memberikan tekanan aspek tertentu yang dianggap menarik atau perlu ditonjolkan dari suatu objek atau peristiwa yang memiliki daya tarik secara emosional, pribadi, atau bersifat humor. Isi feature bukan berita yang actual, tapi kejadian yang sudah berlalu.
  4. Biografi adalah kisah atau riwayat kehidupan seorang tokoh yang ditulis oleh orang lain. Biografi ditulis dengan berbagai tujuan dan termasuk prosa naratif ekspositoris atau prosa faktual yang mengungkapkan fakta-fakta nyata. Salah satu tujuan biografi untuk memberikan informasi bagi pembaca tentang latar belakang kehidupan seorang tokoh sejak kecil hingga mencapai karier di kehidupannya. Sedangkan jika tokoh itu sendiri yang menulisnya disebut otobiografi.

  1. Tips adalah karangan yang berisi uraian tentang tata cara atau langkah-langkah operasional dalam melakukanatau membuat sesuatu. Disajikan dengan ringan, sederhana, dan bahasa yang popular. Karangan ini termasuk jenis artikel ekspositoris.
  2. Reportase ialah karangan yang berupa hasil laporan dari liputan suatu peristiwa atau kejadian yang sedang berlangsung atau belum lama berlangsung untuk keperluan berita di media massa. Bersifat informasi aktual. Contoh reportase, yaitu berita langsung tentang kejadian bencana alam gempa Jogja, atau banjir di Jakarta.
  3. Jurnalisme Baru (New Journalism) ialah semacam berita yang dituliskan ke dalam bentuk novel atau cerita pendek. Karena berbentuk cerita, unsur-unsur pembangun sebuah cerita seperti alur, tokoh-tokoh, latar, dan konflik  meskipun isinya berupa fakta atau yang sebenarnya. Isi jurnalismemerupakan hal-hal kejadian luar biasa yang menghebohkan/menggemparkan, misalnya kejahatan sadis.
  4. Iklan ialah informasi yang disajikan lewat media massa, bulletin atau surat edaran yang bertujuan untuk memberitahukan/mempromosikan suatu barang/jasa kepada khalayak ramai untuk kepentingan bisnis. Contoh iklan : iklan keluarga, undangan, pengumuman, penerangan, niaga, lowongan pekerjaan, dsb.
Ciri-ciri bahasa iklan :                                                                                                           
-        Kalimatnya singkat, hanya menonjolkan bagian-bagian yang dipentingkan,
-        Uraian bersifat informati dan persuasive
-         Menggunakan kata-kata yang terpilih dan menarik  orang untuk mengetahui,          mencoba, atau ingin memiliki
  1. Pidato atau Khotbah ialah aktivitas mengungkapkan pikiran, ide, gagasan secara lisan dengan tujuan tertentu. Pidato biasanya dilakukan dalam acara resmi, seremonial, dan pertemuan-tertemuan ilmiah.
Bahasa dan isi pidato disesuaikan dengan pendengar (audience) berdasarkan, tingkat pemikiran atau pendidikan, usia, dan topik pembicaraan.
Bagian-bagian pidato antara lain :
1)      Bagian pembuka, berisi :
  • Salam pembuka
  • Ungkapan sapaan
  • Puji syukur kepada Tuhan
  • Penegasan konteks pertemuan atau acara
2)      Bagian isi berisi uraian pidato sesuai dengan yang telah direncanakan atau ingin disampaikan.
3)      Penutup pidato, berisi :
  • Kesimpulan isi pidato
  • Harapan-harapan atau himbauan
  • Ucapan terima kasih dan permohonan maaf
  • Salam penutup
Hal-hal yang harus diperhatikan dalam pidato :
1)      Simaklah isi pidato dengan saksama dari awal hingga akhir.
2)      Pahami gagasan, pendapat, atau pesan yang disampaikan dalam pidato.
3)      Ingatlah atau catatlah hal-hal penting yang terdapat dalam uraian pidato dan beri komentar.

Saturday, 9 November 2013

KENALI KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Kenali Kesusasteraan Melayu Tradisional

Rajah 1 menghuraikan bahagian-bahagian dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional dengan lebih jelas. 

















Rajah 1: Kesusasteraan Melayu Tradisional


Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

  1. Prosa
  2. Puisi
Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu:
  1. Naratif
  2. Bukan Naratif
Prosa tradisional berbentuk naratif terbahagi pula kepada dua jenis, iaitu:
  1. Naratif Lisan
  2. Naratif Tulisan
Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre, iaitu:
  1. Mitos
  2. Legenda
  3. Cerita Rakyat
Cerita Rakyat terbahagi kepada tiga subgenre, iaitu:
  1. Cerita Jenaka
  2. Cerita Binatang
  3. Cerita Dongeng
Cerita Dongeng ialah:
  1. Lipur Lara
  2. Cerita Teladan
Ada dua pengaruh di dalam Naratif Tulisan, iaitu:
  1. Pengaruh Hindu
  2. Pengaruh Islam
Pengaruh Hindu terdapat di dalam genre:
  1. Sastera Panji
Pengaruh Hindu-Islam terdapat di dalam genre:
  1. Sastera Transisi
Pengaruh Islam mempengaruhi genre-genre yang berikut:
  1. Sastera Hikayat
  2. Sastera Sejarah dan
  3. Sastera Epik.
Sastera Epik ada dua subgenre, iaitu:
  1. Epik Kebangsaan
  2. Epik Melayu-Islam
Genre-genre yang tergolong di dalam kategori Prosa Tulisan Bukan Naratif ialah:
  1. Sastera Kitab
  2. Sastera Ketatanegaraan
  3. Sastera Undang-Undang
  4. Sastera Sufi
Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
  1. Puisi Narati
  2. Puisi Bukan Naratif
Di samping itu, genre-genre Puisi Melayu Tradisional dapat pula dikategorikan kepada tiga kumpulan yang berasingan jika dilihat dari sudut asal usulnya, iaitu:
  1. Puisi Tradisional Warisan Melayu
  2. Puisi Tradisional Warisan Islam
  3. Puisi Tumpangan
Puisi Tumpangan juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
  1. Puisi Tumpangan Warisan Melayu
  2. Puisi Tumpangan Warisan Islam
Rajah 2. menyatakan dua kategori puisi tumpangan dan contoh-contohnya. 
















Rajah 2.: Puisi tumpangan


Teka-teki dan rejang menumpang pada bentuk syair dan pantun. Endoi pula menumpang pada bentuk syair, nazam dan pantun. Puisi Tumpangan Warisan Islam semuanya menumpang pada bentuk syair atau nazam yang biasanya berbahasa Arab. 


Satu lagi genre puisi di dalam bahasa Melayu ialah puisi sufi. Puisi jenis ini memaparkan idea-idea tasauf. Salah seorang penulis puisi jenis ini yang paling terkenal ialah Hamzah Fansuri.

Wednesday, 6 November 2013

APA ITU KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL






Pengertian Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya. Menurut Profesor Ismail Hussein;

kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.


Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraa Melayu tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:

1. Kesusasteraan Lisan
2. Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.

Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan Arab-Islam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.

Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv).

Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti :

1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat
2. Hasil karya bersifat feudal
3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak
4. Dihasilkan sebelum 1800.
5. Bersifat fungsional
6. Pelbagai genre
7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu.
8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini
9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang mewarisinya.
10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap
11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang terikat.
12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu genre

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak. Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan masyarakat awal yang masih lagi primitif dan mengamalkan kepercayaan animisme. Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal manusia diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun tersebut. Contohnya dengan munculnya Tamadun Mesopotamia serentak dengan itu juga lahirlah karya-karya kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia seperti Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah, ternyata kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia sejak sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah yang menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional. Selepas munculnya mesin cetak lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun bertukar wajah daripada tradisional kepada moden.

Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis atau dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai kesusasteraan rakyat. Manakala sastera tulisan pula adalah ciptaan golongan pemerintah selepas kemunculan sistem tulisan dalam sesebuah masyarakat itu

APA ITU KESUSASTERAAN?

Persoalan ini bukanlah satu perkara mudah untuk dibicarakan tanpa bersandarkan kepada mana-mana tulisan sarjana. Ramai sarjana telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya kepada pengkaji dan pelajar kesusasteraan. Jika kita berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Ahmad "satu perkara asas bagi ilmu kesusasteraan"tentulah apapun yang ingin dikaji, dinilai dan dianalisis dalam bidang kesusasteraan memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap maksud kesusasteraan itu dahulu. Faham makna kesusasteraan bererti menguasai asas kepada pengkajian kesusasteraan.

Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.

Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera.

Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.
Sastera pula membawa maksud huruf atau buku.
Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan.

Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.

Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (1994) mengatakan Secara kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih diperlukan.Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmadkeindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.